Hidup kita sekarang ini boleh dikatakan setiap hari kita menggunakan barangan yang diperbuat daripada plastik. Barang-barang penggunaan seperti peralatan rumah, alat tulis dan barang perhiasan memang bagus digunakan kerana ia ringan dan murah. Tetapi bagaimana barangan plastik yang melibatkan makanan dan minuman? Apa yang membahayakan kita adalah kesan penggunaan plastik itu terhadap kesihatan kita.
Mari kita kaji serba sedikit apa kod kandungan yang terdapat di
dalam plastik.
1. PETE (polyethylene
terephthalate)
Keadaannya yang jernih dan
boleh dilihat isi kandungannya, selalunya digunakan untuk botol plastik seperti
botol air mineral atau botol air gas. Bahan ini hanya boleh digunakan sekali
sahaja, kadang-kadang di rumah, kita akan menggunakan semula botol tersebut
dengan menambahkan air suam di dalamnya, ini boleh memberi kesan jangka panjang
seperti kanser.
2. HDPE (high density
polyethylene)
selalunya digunakan pada
botol susu yang berwarna putih susu. Apabila kita hendak beli botol susu
digalakkan lihat dahulu kualiti dan jenis botol susu itu, kalau boleh yang
disahkan keselamatan penggunaannya.
3. V atau PVC (polyvinyl chloride)
digunakan pada plastik pembungkus dan botol-botol, ia akan
menyerap pada makanan jika dipanaskan. PVC berpotensi mengakibatkan kesan
bahaya pada ginjal dan hati.
4. LDPE (low density polyethylene)
biasanya digunakan untuk tempat makanan dan botol-botol yang
lembek. Barang dengan kod 4 tidak dapat di hancurkan tetapi baik untuk tempat
menyimpan makanan.
5. PP (polypropylene)
adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik terutama untuk meletak
atau menyimpan bahan makanan dan minuman. Biasanya boleh didapati pada botol
transparen yang tidak jernih. Kita digalakkan mencari simbol seperti ini
apabila membeli barangan buatan plastik.
6. PS (polystyrene)
Kebanyakkannya digunakan sebagai bahan membungkus makanan. Bahan
Polystyrene boleh meresapkan styrine ke dalam makanan. Bahan Styrine berbahaya
untuk otak dan sistem saraf. Pengunaan polystrene di dalam Negara kita terlalu
banyak, jikalau kita ke restoran makanan, kebanyakan makanan akan dibungkus
didalam bekas polystrene, jadi sukar untuk kita membendungnya, kalau tidak kita
masak sendiri saja dirumah atau bawa bekas makanan ke sana..hehe
7. Other (biasanya polycarbonate)
Polycarbonate boleh mengeluarkan bahan utamanya iaitu
Bisphenol-A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosak sistem hormon.
Kita digalakan menghindari bahan plastik Polycarbonate.
Jadi Nasihat dari cB sebelum membeli barang-barangan diperbuat daripada plastik untuk digunakan pada makanan atau minuman, terlebih dahulu kita periksa kandungan kod plastik tersebut. Kalau nak lebih baik hindari dari mengunakan barang-barang plastik terhadap makanan dan minuman kita supaya kesihatan kita sekeluarga lebih terjamin.