Wednesday, April 20, 2011

Ku ingin menjadi seperti Permata


Ya Allah,
Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,
Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,
Harum wanginya dengan ilmu agama,
Cantiknya kerana iman dan taqwa,

Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi,
Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
Bukan perhatian mata ajnabi,
Yang menjadi punca fitnah hati,

Ya Allah,
Timbulkanlah duri yang memagari diri,
Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,
Yang akan menghilangkan keharuman sejati,
Yang akan memudarkan kecantikan diri,
Disebalik kekurangan yang tercipta,
Bukanlah alasan untuk bermuram durja,
Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya,
Izinkan ya Allah agarku menjadi permata,
Tetap menyinar walau di lumpur hina,
Tetap berharga walau dimana saja,
Buat ummah dan juga keluarga,

Izinkan daku menjadi seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap muslimah,
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tapi permata buat yang bernama suami...

♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Thursday, April 14, 2011

9 langkah asas dalam menghadapi masalah

Langkah-langkah tersebut adalah :        

1. Kikis segala pemikiran yang tidak elok dan yang tak baik pasal orang lain, perkara, benda dan situasi. Latih diri untuk bersangka baik dan tumpu pada nilai-nilai positif sahaja.

2. Kawal perasaan dan emosi. Jangan biarkan perasaan mengawal pemikiran Anda!

3. Kosongkan kotak pemikiran daripada perasaan-perasaan sedih, bermuram durja dan apa jua perasaan negati. Kosongkan abis, sepertimana kita mengosongkan poket.

4. Perbaharui pemikiran kita dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif.

5. Berbuat baik kepada sesiapa saja. Dengan menolong orang dan membuat jasa boleh mendatangkan ketenangan, ketenteraman, menaikkan rasa hormat dan bangga diri.

6. Cuba dengar masalah orang lain dan cuba memberi nasihat, atau fikir cara terbaik untuk menceriakan dirinya. Secara tidak langsung ini akan melatih diri kita menjadi lebih matang dalam menghadapi pelbagai permasalahan hidup.

7. Bunuh perasaan negatif (takut, gugup, tak yakin, sangsi, ragu dan rendah diri) sekarang juga!

8. Kita bermasalah sebab kita jauh dari Tuhan. Masalah diberi supaya kita dekatkan diri semula dengannya, kena banyak istighfar dan jaga sembahyang bagi yang beragama Islam.

9. Ingat, sesusah-susah kita, ada lagi orang yang lebih susah. Anda mesti bersyukur kerana Anda masih Anda pilihan dan alternatif-alternatif untuk menyelesaikan masalah satu persatu.

♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Friday, April 1, 2011

~DIARI 4~

salam semua....
hurm...mood CB skrg x bape baik..terlampau byk mslh yg CB kna fkr kn...tahun 2011 ni begitu mnguji ksbrn CB...CB hmpir lemah melalui smua dugaan ini seorang diri...bnr kata org "kwn ketawa mdh d cari, tp kwn menangis mmg sukar d temui"..."ketika sng rmai kwn2 bsma ttp ketika kte ssh smua org mnjauhkan diri"..knapa ye???hnya doa yg mampu CB lakukan agr sgalanya dpt d permudahkan....(insya'allah)...
♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...