Monday, August 29, 2011

::SALAM AIDILFITRI::




Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri wat sume pembaca blog cB nih..Mintak Maaf bebyk kalu ade salah n silap sepanjang cB menulis kt blog nih...Semoga lebaran kali ini membawa lebih makna dan berkat kepada kite semua...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
&
MAAF ZAHIR DAN BATIN..

♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Friday, August 26, 2011

~mungkin ini lebih baik...~


assalamualaikum..

dalam sedar xsedar..
sudah 26  hari kita berpuasa..
bersungguhkah anda merebut setiap saat2 dlm ramadhan
mungkin orang yang alpa..menganggapnya biasa..
tp orang yang beringat..
pastu keluh resah hatinya..
pasti gerun hatinya..
pasti ia merasa 24 jam berlalu seperti 30 minit..
dan kini ramadhan hanya tinggal detik-detik yang terakhir..
fasa yang ketiga..
"pembebasan dari api neraka.."

katakanlah, bila anda ingin ke luar negara..
detik-detik terakhir anda adalah ketika anda di lapangan terbang..
mungkin ketika masa penerbangan anda sudah sangat hampir..
jadi anda akan mengambil peluang itu untuk menyampaikan
salam terakhir dan salam perpisahan anda buat mereka yg anda tinggalkan..
manusia, detik-detik terakhirnya adalah ketika nazaknya..
ketika nyawanya sudah di kerongkong..
di saat-saat sakaratul mautnya..
ketika rohnya keluar dr tubuhnya..

begitulah ramadhan..
detik-detik terakhirnya adalah sepuluh malam terakhir..
dimana Allah menjanjikan satu malam yg sgt2 istimewa..
malam lailatulqadar..
apa sebenarnya malam lailatul qadar??
lailatulqadar adalah malam yg lebih baik dr seribu bulan..(al-qadr:3)

Hadis Sahih Bukhari
Dan 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Bersiap-siaplah untuk mendapatkan Malam Qadar itu pada bilangan ganjil daripada sepuluh yang akhir dari bulan Ramadhan."

malam lailatulqadar ini adalah rahsia Allah..
tiada sesiapa pun tahu bila ia akan berlaku..
malam ke berapa ia berlaku..
kita tak tahu..
mengapa Allah rahsiakan malam lailatulqadar??
kerana supaya kita ini sentiasa mengejar kebaikan-kebaikan dalam bulan ramadhan..
supaya kita sentiasa berebut -rebut setiap saat dlm bulan ramadhan itu dengan melakukan pelbagai ibadah.Tak kiralha ibadah umum ataupun ibadah khusus..

cuba bayangkan..
jika Allah beritahu malam lailatulqadar tu bila?
sekian sekian tarikh ni...
cB yakin..
semua umat islam diseluruh dunia ni tak tidur malam tu..
ada yang solat, baca quran, tadarus, berdoa, berzikir, beriktikaf di masjid..
sampai ada yang bengkak kaki, sakit pinggang, sakit lutut, lemah otot, sengal-sengal badan..
punyalah nk beribadat, nk dapat pahala seribu bulan ni..
beribadat dengan bersungguh2la..
masjid pula pasti penuh dengan orang sampai ke jalan raya..
tempat2 hiburan, shopping kompleks tutup malam tu sebab tidak ada orang datang..
tp malam tu jela..
lepas subuh je..
qada' tidur yg semalam tu..
sehingga tertinggal solat zuhur, asar dan sebagainya..
jd, bernilaikah begitu??
maka, Allah rahsiakan malam lailatulqadar..


maka sahabat2 sekalian..
perbanyakkanlah kita bangun solat malam..
kerana ketaqwaan seorang hamba Allah itu dilihat melalui solat malamnya..

hendak diceritakan bahawa
Rasullullah S.A.W solat malam sampai bengkak dan pecah kakinya..berdarah dan sebagainya..
cuba kita fikir kenapa sampai pecah kaki??
kita solat takla sampai bengkak kaki, apatah lagi pecah dan berdarah..
sebab, rasullullah solat bukan atas sejadah mcm kita hari ni..tp baginda solat atas batu- batu yang sejuk..
di madinah..bila cuaca sangat sejuk..kulit akan jadi kering..
bila kulit kering sangat, dia akan merekah dan pecah..maka mengalirlah darah..
jika ditanya sakit atau tak?
jawapannya sakit..sakit sangat..
tetapi Allah gantikan kesakitan tersebut dengan kemanisan khusyuk dalam solat..
begitu juga dengan sahabat-sahabat baginda yang lain..

banyakkan solat taubat..minta ampun pd Allah..
dalam hati kita perlu ada rasa takut kepada Allah..
kenapa?
takut Allah tak terima puasa kita, ibadah kita pada hari sebelum-sebelum ni..
jd ianya jd sia-sia..
kita perlu berdoa dan mengharap sungguh-sungguh pada Allah agar Allah terima puasa, solat dan ibadah lain walaupun banyak sangat kekurangan di dalamnya..
mohon keredhaan Allah terhadap apa yg telah kita lakukan..

sahabat2 sekalian..
jangan sedih atau merungut bila tidak dapat bertemu dengan lailatulqadar..
kita hanya perlu berusaha..
Allah yg menentukan segalanya..
andai ada rezeki kita bertemu dengan lailatulqadar..maka bersyukurlah..
andai tidak bertemu,jadilah hamba yang redha dengan ketentuan Allah..
mungkin Allah janjikan sesuatu yang lebih baik buat kita..

jangan lupa kita perbanyakkan membaca Al-quran..
hendak diceritakan juga bahawa..
Rasullullah S.A.W dan sahabat-sahabat baginda khatam al-quran sebulan 60 kali..
bermakna sehari 2 kali khatam..
kita mungkin kata "mana sempat..tak dak masa..banyak lagi kerja lain yg nk kena buat.."
sahabat2 sekalian..
rasullulah juga melakukan aktiviti harian seperti biasa..
tetapi bagaimana keluangan masa yang ada itu diisi dengan ibadah yang bermanfaat..bukan yang sia-sia..
kita perlu ingat juga bahawa apabila kita ada masa untuk Allah, maka Allah akan memberi kelapangan masa buat kita..Allah Maha Berkuasa dan Ia menguasai setiap sesuatu di langit dan dibumi..

banyakkan juga menghadiri majlis -majlis ilmu..
di bulan ramdhan ni..
jika kita hadir majlis ilmu..
MASHAALLAH..begitu besar pahala yg kita dapat..
kerana majlis ilmu ini adalah salah satu taman-taman syurga..
malaikat turun di majlis-majlis ilmu..
anda bayangkan taman dunia pun dh cantik..apatah lagi taman syurga..


jd,
bagaimana anda menilai ramadhan anda..
yang biasa..
yang lebih baik..
ataupun yang luar biasa..
anda sendirilah yg nilai diri anda..
masih ada waktu untuk anda perbanyakkan ibadah dan amalan ..
rebutla detik-detik terakhir ramadhan ini dengan bersungguh-sungguh..
kerana mungkin kita tidak lagi bertemu dengannya pada tahun-tahun akan datang..


jagalah hatimu di tiga tempat iaitu:
1)hatimu ketika mendirikan solat..
2)hatimu ketika membaca al-quran..
3)hatimu ketika mengingati mati
jika tidak ditemui hatimu ditiga tempat ini..
maka,berdoalah supaya diberikan sekeping hati supaya kamu dapat menjalankan amalan tadi dengan tulus ikhlas..
 
wallahualam..






♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Wednesday, August 17, 2011

~niKMat di bulan rAMadhAn~


Hari ini dah masuk hari ke-17 kita berpuasa di bulan ramadhan..hanya tinggal beberapa hari lagi kita bakal meninggalkan bulan ramadhan..ntah sempat ke tidak kita akan bertemu bulan ramadhan tahun depan...selepas mendengar tazkirah oleh Ustaz di surau semalam hati cB jadi sayu dan insaf krn begitu bertuahnya kita krn masih diberikan kesempatan oleh ALLAH SWT utk menikmati ramadhan sampai hari ini. Alhamdulillah...terlalu banyak kesempatan dan nikmat kurniaan ALLAH yg telah diberikan kepada kita..cume kita yg tak sedar..kita sentiasa bdoa utk mendapatkan yg 'terbaik' dan terlalu mengejar keduniaan..berlumba2 utk mendapatkan apa yg kita inginkan di dunia ini seolah2 kita akan hidup selamanya...sesungguhnya kita telah alpa dan leka dgn nikmat dunia yg pd hakikatnya hanyalah sementara..akhirat jua yg kekal abadi...Kita tidak tahu entah bila kita akan dijemputNYA, entah sempat ke tidak kita berpuasa penuh smpai habis ramadhan kali ini, entah sempat tidak kita bakal bertemu syawal nti..semua persoalan tu tidak mampu kita jawab krn hanya ALLAH yg maha mengetahui segalanya tentang hari kematian kita, hari kiamat dan perkara2 ghaib.

Hati cB jadi sayu dan sedih bile memikirkan terlalu banyaknya dosa cB dan terlalu banyak cB leka dgn dunia yg sementara ini..terlalu banyak cB memikirkan tentang dunia melebihi akhirat, terlalu banyak cB menangisi hal keduniaan,terlalu banyak cB buang masa dgn perkara2 yg melalaikan....cB leka...sepatutnya bulan ramadhan inilah kita harus mengambil kesempatan utk menambahkan amal ibadah dgn banyakkan membaca Al-Quran, berzikir, berselawat ke atas nabi Muhammad saw, solat tarawikh dan mementingkan urusan akhirat melebihi urusan keduniaan..krn bulan ramadhan adalah bulan yg ALLAH gandakan pahala di atas setiap perkara kebaikan yg kita lakukan.

Begitu nikmatnya bulan ramadhan ini apatah lagi sewaktu berbuka bersama keluarga kita dan di malam hari kita bersolat tarawikh scara bjemaah..terasa dekat skali ngn ALLAH ..di saat imam mengalunkan ayat-ayat AL-QURAN begitu merdunya dan tenangnya hati cB mendengar suaranya..terasa nyaman dan tenangnya hati cB di rumah ALLAH..semua itu hanya setahun sekali dapat kita perolehi..Kita harus bersyukur dan menikmati kurniaan yg ALLAH berikan dgn sbaik2nya..ingatlah hidup kita di dunia ini hanyalah sementara...

Untuk itu, marilah kita sama-sama mengingatkan tentang besarnya nikmat yang telah Allah SWT limpahkan kepada kita, seperti nikmat kesihatan, kesempatan, terutama nikmat kurniaan yang besar yakni hidayah. Allah SWT tidak memberikan nikmat itu dengan cara hutang ataupun pinjaman. Nikmat itu diberikan Nya dengan percuma, tetapi kita jangan sampai lupa atas nikmat dan kurnia yang sudah Allah berikan kepada kita . Oleh itu, marilah kita bersyukur atas nikmat tersebut terutama nikmat hidup.



♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Friday, August 5, 2011

~KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN~


Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Kehadiran bulan ramadan merupakan satu rahmat daripada ALLAH. Ia merupakan bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba-NYA. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya golongan yang benar-benar beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kehadiran bulan Ramadan ini seraya menyambut kedatangannya dengan penuh kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini. Bulan Ramadan telah dimuliakan oleh ALLAH dengan pelbagai keistimewaan berbanding bulan-bulan ALLAH yang lain. Antara keistimewaan yang terdapat pada bulan Ramadan ialah:

1. Disyariatkan Ibadah Puasa

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan yang mana pada bulan ini disyariatkan ibadah yang amat mulia di sisi ALLAH, iaitu puasa. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, iaitu bulan yang penuh keberkatan. ALLAH telah mewajibkan ke atas kamu agar berpuasa pada bulan itu.” ­- Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya , hadis no: 9133.

2. Bulan Diturunkan Al-Quran

Kalamullah al-Quran telah diturunkan pada bulan ini. Seluruh umat Islam beriman bahawa al-Quran merupakan kitab yang menjadi petunjuk bagi sekalian hamba ALLAH untuk membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Firman ALLAH S.W.T:

“(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadan yang mana diturunkan al-Quran pada bulan itu. (Al-Quran itu) menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” - Surah al-Baqarah: 185.

3. Pintu Syurga Terbuka Luas

Pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini juga dibuka seluas-luasnya pintu syurga bagi mereka yang beriman dan taat kepada perintah ALLAH. Bahkan, di bulan yang mulia ini jugalah ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-NYA yang menjadi penyebab memudahkan mereka masuk ke syurga. Sabda Rasulullah s.a.w :

“Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka.” - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1898.

4. Pintu Rahmat (Belas Kasihan Terhadap Hamba-NYA) Terbuka Luas

Pada bulan Ramadan pintu-pintu Rahmat dibuka. ALLAH meluaskan rahmat-NYA agar menaungi seluruh hamba-hamba-NYA yang tekun beribadah dan taat kepada-NYA dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah s.a.w :

“Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat.” ­- Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1079.

5. Pintu Langit Terbuka Luas

ALLAH membuka pintu langit seluas-luasnya pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk menurunkan limpahan rahmat-NYA kepada sekalian hamba-hamba-NYA serta segala amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada-NYA akan naik secara terus kepada-NYA. Sabda Rasulullah s.a.w :

“Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka.” - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.

6. Pintu-Pintu Neraka Tertutup Rapat

Pintu-pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya pada bulan Ramadan. Ia menunjukkan bahawa pada bulan Ramadan yang mulia ini hamba-hamba ALLAH yang tekun beribadah dan menurut segala perintah-NYA terlindung daripada dorongan untuk melakukan perbuatan-perbuatan terlarang yang boleh menjadi penyebab untuk mereka dicampakkan ke dalam api neraka. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup.” - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.

7. Syaitan dan Jin Dirantai

Pada bulan Ramadan syaitan dan jin dirantai untuk menghindari mereka dari mengganggu atau menghasut orang-orang yang beriman. Ada juga ulama mentafsirkan maksud syaitan dibelenggu ialah syaitan tidak dapat merosakkan ibadah manusia pada bulan Ramadan kerana ketekunan manusia melakukan ibadah puasa serta ibadah-ibadah lain. Ini kerana, ibadah puasa itu dapat mengawal nafsu mereka dari terdorong melakukan perkara mungkar.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila tibanya malam pertama bulan Ramadan dibelenggu syaitan-syaitan dan jin yang derhaka.” - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no: 618.

Namun, persoalan yang timbul di sini bahawa sekiranya syaitan dan jin dibelenggu pada bulan Ramadan mengapa manusia masih melakukan kemungkaran pada bulan ini? Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, Imam al-Qurthubi r.h telah berkata:

“Apabila semua syaitan terbelenggu tidak bermakna langsung tidak akan berlaku kejahatan dan kemaksiatan. Ini kerana, punca berlakunya kemaksiatan mungkin berpunca daripada faktor selain (hasutan) syaitan seperti diri manusia itu yang sememangnya berperangai buruk, sentiasa melakukan perbuatan mungkar serta manusia yang nafsunya masih terdorong mengikut hasutan syaitan.” - Rujuk Fath al-Baari Syarh Sahih al-Bukhari, Tahqiq oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, edisi terjemahan oleh Amiruddin, Pustaka Azzam, Jakarta (1997), jil. 11, ms. 43.

Mungkin ada yang akan tertanya-tanya tentang kebenaran fakta kewujudan syaitan mahupun jin dari jenis manusia. Sebenarnya ALLAH sendiri telah memerintahkan kita agar berwaspada dan memohon perlindungan kepada-NYA dari hasutan kelompok seperti ini.

Firman ALLAH S.W.T:

“Katakanlah (wahai Muhammad): AKU berlindung kepada (ALLAH) Pemelihara sekalian manusia, yang Menguasai sekalian manusia, TUHAN yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik) dari kalangan jin dan manusia.” – Surah al-Nas: 1-6.

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya maksiat dan kemungkaran masih wujud pada bulan Ramadan yang mulia ini. Malah, pada bulan ini kita sebenarnya berkesempatan untuk berkenalan dengan spesis syaitan atau jin dari kalangan kaum manusia. Ya! kita dapat mengenali spesies ini melalui sikap mereka yang enggan mentaati perintah ALLAH. Semoga kita semua terhindar dari tergolong dalam kelompok yang hina ini.

8. Pada Bulan Ini Terdapat Lailatul Qadar

Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1000 bulan, iaitu lailatulqadar.

Firman ALLAH S.W.T:

“Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” – Surah al-Qadr: 1-5.

Oleh itu, sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatulqadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1000 bulan.

♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

~di mana anda??~


assalamualaikum..
sekadar satu perkongsian..

fasa pertama ramadhan iaitu
fasa dimana Allah janjikan rahmat kasih sayangnya sudah berlalu..
fasa kedua ramadhan iaitu
fasa dimana Allah janjikan keampunan sudah berlalu..
fasa terakhir pula adalah
fasa dimana Allah janjikan kepada hambanya pembebasan dari api neraka..

kita dapat lihat..
ada tingkatan di setiap fasa-fasa ini..
bermulanya Allah limpahkan rahmatNya..
limpahkan kasih sayangNya..
sehingga Allah menyayangi dan mengasihi hambaNya..
kemudian...
apabila Allah mengasihi hambaNya..
maka,
Allah berikan kepada hambaNya keampunan pula..
Allah beri peluang untuk hambaNya memohon keampunan kepadaNya..
dan..
mudah pula Allah mengampunkan hambaNya..
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
lihat,betapa Allah ingin memberi begitu banyak kelebihan kepada hambaNya..
mudahNya Allah memberi keampunan walaupun kita sendiri terlalu banyak buat dosa dengan Allah..Subhanallah..
kemudian..
apabila Allah sudah ampunkan hambaNya..
Allah bebaskan pula hambaNya dari api neraka..
MASHAALLAH..
sahabat-sahabat..pembebasan api neraka inilah yang diimpikan oleh kita sebenarnya..
Allah bagi peluang kepada kita..
untuk merebut ganjaran terbesar ini...
lihat,sampai begitu sekali Allah mengasihi hambaNYA..
samada kita sedar ataupun tidak..
sejauh mana kita merebutnya..
tepuk dada,tanya diri dan hati anda sendiri..
tetapi..janji Allah,janjiNya pasti..

namun..
dalam pada kita sibuk-sibuk mencuri masa
melakukan ibadah dalam bulan ramadhan ni..
ada sesuatu yang kita perlu jaga..

tiang agama kita..
solat kita..
dimana solat ini boleh mengiringi kita ke syurga
ia juga boleh menghumban kita ke dalam neraka Allah..

bagaimana terjadi begitu??

Terdapat golongan yang Allah janjikan untuk mewarisi syurga Firdaus
yakni orang-orang yang solatnya mengiringi mereka ke syurga..

Allah sebut didalam al-Quran surah Al-mukminun ayat 1 dan 2:

Bismillahirahmanirrahim..

1)Sungguh beruntung orang-arang yang beriman.
2)iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.

maknanya disini..
Allah menjanjikan syurga firdaus untuk orang-orang beriman yang khusyuk dalam solatnya..


bagaimana pula golongan yang solatnya menghumban mereka ke dalam api neraka??

Allah juga sebut di dalam Al-quran dalam surah Al-mau'un ayat 4 dan 5..

bismillahirrahmanirrahim..

4)Maka celakalah orang yang solat.
5)iaitu orang yang lalai terhadap solatnya.

disini Allah mencelakakan orang-orang yang lalai dalam solatnya..
samaada tidak mencukupkan waktu solat,menangguh-nangguhkan solat dan sebagainya..


inilah yang dikatakan dua kategori solat..
samada diiring ke syurga..
atau..
dihumban ke neraka..

renungkan.............

selalulah berdoa agar Allah tidak meninggalkan/membiarkan kita
disaat-saat kita meninggalkan Allah..

diantara tanda-tanda Allah membiarkan hambaNya dalam kelalaian ialah..

1)Allah sibukkan dia dengan hal-hal dunia sehingga dia tidak ada masa untuk memikirkan hal akhirat..
2)Allah limpahkan rezeki melimpah ruah sehingga dia menjadi riak dan menyombong diri..
3)Allah sempitkan masanya sehingga dia tidak ada masa beribadah kepada Allah..

nauzubillahiminzalik...

ambillah yang bermanfaat..
wallahualam..

♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Monday, August 1, 2011

Konvokesyen yang indah~~ :)



salam semua~ selamat menyambut Ramadhan kepada semua umat Islam..alhamdulillah Ramadhan datang lagi dan bersyukurlah kita ke hadrat-Nya kerana masih diberi kesempatan menyambut Ramadhan pada tahun ini..

pada entri kali ni, cB just nak share kan pengalaman manis semasa konvokesyen Selasa lepas..rasa sebak dan sayu je bile terkenangkan konvokesyen cB dan rakan-rakan..uhuu..tak tahu nak mula kan macam mane...apa2 pon cB nak mulakannya dengan gambar2 cB dulu...hehehe...pasni lagi banyak gambar nak upload..haha sabar jela ek you all.. :)


okeh..ni la dia jubah konvo cB..selempang warna turqoise..cantik gak kaler ni walaupun cB kurang gemar kaler turqoise...tapi untuk jubah konvo ni cB rasa cantik lah gakk..at least warna selempang untuk FSK ni tak delah weird sangat..still nampak smart..


yeahh...of course lah kena berposing macam ni..bila lagi nak over2 kan?? haha tapi tak delah over mane pon..if u all boleh nampak my baju tu kaler pink.. warna kebanggaan cB...cewaahh..nape lah selempang pink  untuk student Fakulti Bahasa (FB) ekk...kalau FSK kan bagus...FB, selempang kaler pink sangat cantik...
...mestilah cB cakap cantik..sebab cB minat kaler pink..hihi

Pada hari tu, ramai ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai yang datang untuk meraikan mereka2 yang berkonvo ni..termasuklah cB...huhu..honestly, ada rasa sedikit terkilan bila Abg, kak ipar & ank sdara cB tak dapat datang..mane tak nya cB berharap sangat mrk dapat datang..sedih la bila hari bahagia cB tak ckup ahli keluarga...tapi pe2 pon cB tetap bawa mrk bersama (dlm ati) hari tu... :))


















terima kasih to my parents sebab sudah bersusah-payah untuk cB selama ni..akhirnya dapat gak ma abah tengok cB berkonvo..
hari tu family cB sume pkai baju pink..sama kaler ngan baju cB (My favourite colour)..hehe....ohh terharunya cB :')

eeii cOMotnYeee..
 
tak lupe juga kepada kawan2 yang wish tahniah buat cB, thanks...especially to Mr.B.. sebab sudi datang and beri bunga kat cB mase konvo hari tu...sangat terharu..thanks ye awak...kite memang harapkan dapat berjumpa awak mase tu..sebab lama dah tak jumpe..alhamdulilah dapat jumpe awak, Mr.B...insyaAllah ada jodoh kite jumpe lagi ye..:)

Jeng-jeng-jeng...siapakah itu??...hihihi
  
banyak lagi nak cite n share pic mase konvo hari tu..tapi wat mase ni cukup dulu kot..nanti cB sambung lagi..meh tengok sedutan untuk entri akan datang..cewwaahh macam hape plak kan??ngehehehe~~



 













antara gambar2 yang sempat cB snap bersama coursemate terchenta...kalau bole nak amik gambar dengan semua kawan2..tapi oleh kerana masa dan keadaan yang tak mengizinkan...cB  dapat bergambar dengan mereka mana yang sempat je..huhu..sedih betul..tapi pe2 pon kawan2 ku..you all tetap di hati...


♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Kehadiranmu ku nantikan....

assalamualaikum..

Ramadhan...kehadiranmu kunantikan..
 

kini hadirnya satu bulan
bulan penuh barakah..
bulan penuh rahmat..
bulan penuh cahaya keampunan..
tertutupnya pintu neraka serapat-rapatnya..
dibukakan pintu syurga seluas-luasnya..
dilipat gandakan amalan kebaikan..
bulan ramadhan..

disana sini..
umat islam menyambut dan menyahut..
"Ramdhan al-kareem.."
"Ramadhan al-kareem.."
menunjukkan...
betapa rindunya mereka..
betapa gembiranya mereka..
betapa terujanya mereka..
dengan kedatangan bulan ini...
bulan ramadhan..

ayuh kita bersama..
penuhi ramadhan dengan puasa yang ikhlas..
hiasinya dengan keserderhanaan berbuka..
perindahkannya dengan solat tarawih..
perelokkannya dengan keberkatan sahur..
cantikkan ia dengan tahajud sepertiga malam..
merdukan ia dengan dendangan tadarus al-quran..
imarahkan ia dengan beriktikaf di masjid..
semarakkan ia dengan zikir dan ayat-ayat suci al-quran..
biar didengari di setiap ceruk kampung dan bandar..

ayuh kita bersama..
eratkan silaturrahim dengan banyakkan bersedekah..
kurangkan aktiviti mulut yang merugikan..
lebihkan masa dan saatmu..
merebut keredhaan dan makrifah Allah..
merebut rahmat dan kasih sayang allah..
merebut ganjaran besar dari Allah..
ajaklah bapamu..
ajaklah ibumu..
ajaklah temanmu..
ajaklah adikmu..
ajaklah sesiapapun yang kau temui..
marilah kita sama-sama imarahkan bulan ramadhan..
raikan kedatangannya dengan penuh kesyukuran..
redhakanlah pemergiannya dengan tangisan..
jangan ada diantara kami yang merasa rugi..
jika tidak dapat bertemumu lagi..
moga kita masih mampu bertemu denganmu..
pada tahun-tahun akan datang..
kami menantikanmu ramadhan..
jadikanlah kami tetamu yang sentiasa merinduimu..
ramadhan...

♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...