Saturday, December 17, 2011

:::suRPrise 4 ME?!::




Tengok cB dapat apa. Eh eh eh, OMG. Ahaha sudah, belum ceriteww lagi dah excited tahap maksima. Haihh, kalau dah terlalu gembira macam ni lah jadinya…(<_>)
Eh awak, silalah tengok gambar cB ni. cB dapat KEK warna PINK, awak ada? HAHA !

tQ ina sudi wat surprise kt akak... :))

Heh, nak senyum tak nampak pulak kan. haha, cB sangat gembira dan bahagia hari ini. 

curi2 mkn kek dlm stor semasa ketiadaan BOSS!!hehehe

















terlebih sudaaaa....


















Terima kasih semua kerana membuat cB terasa bahagia.
I hope I can still celebrate my birthday in another 100 years.



♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Thursday, December 15, 2011

::: 25???:::



 
 
     Alhamdulillah, syukur kepada yang Esa kerana masih memanjangkan nyawa dan membenarkan cB bernafas di bumiNya ini. Hari ini adalah ulangtahun kelahiran cB yang ke-25 dan Allah swt masih membenarkan cB untuk memperbaiki segala kesilapan dan bertaubat padaNya. Syukur yang tak terhingga cB panjatkan. Amin…

       Seperti tahun-tahun yang lalu, cB masih anggap ulangtahun kelahiran adalah sama seperti hari yang biasa cB lalui. Tiada bezanya walaupun umur cB kian meningkat. cB bukan seperti remaja lain yang ulangtahun kelahiran mereka mungkin disambut meriah dan mungkin juga ada yang akan buat ‘birthday party’ atau pun majlis doa selamat. cB tidak begitu.

Dalam hidup ini, cB hanya pernah beberapa kali sahaja dapat merasai ‘hari penting’ ini apabila ia disambut sederhana dengan kek serta diberikan hadiah oleh keluarga. Tak apa, syukurlah family masih ingat.
Kad birthday pun cB hanya terima daripada adik & Mr.B. Zaman moden ni ramai guna sms, mms, email dan paling mudah ramai akan wish birthday kita di laman sosial seperti Facebook. Terima kasih pada sesiapa yang telah wish cB sejak dari malam tadi, cB hargainya.

Sebelum terlupa, cB nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ‘Ma’ yang telah melahirkan cB ke dunia ni, tak lupa juga kepada ‘abah’ yang siang malam bekerja keras untuk membesarkan cB dan adik-beradik yang lain. Tanpa penjagaan dan kasih sayang mereka, mungkin cB tidak dapat menulis blog pada hari ini.

Kepada Mr.B, terima kasih kerana selalu sabar serta terus-terusan memberi semangat sepanjang 3 tahun perkenalan kita. Moga ikatan yang dibina akan kekal dan dirahmati Allah, insyaAllah. Moga Allah memberi kita rezeki untuk membina masjid yang diimpikan.

Kepada para sahabat, saudara-mara dan kawan-kawan sejak cB tadika hinggalah kini, terima kasih kerana sudi menceriakan hidup cB selama ini. Terima kasih kerana sudi hidup susah senang dengan cB. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan cB dan melayan karenah cB. Andai umur cB tak lama, maafkan segala salah silap dan dosa cB ye! cB dah maafkan korang juga.

Kini dah 25 tahun. cB perlu segera mengejar apa yang termampu dan menanam azam baru. Moga apa yang cB impikan akan tercapai. Moga apa yang cB usahakan akan berhasil. Moga Allah memberikan cB ‘NUR’ keredhaanNya dan semoga cB dapat berubah kepada seorang yang lebih baik. Amin~
 
Ya Allah, tuhan sekalian alam, tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, yang Maha Pengampun lagi Maha Mengatur segala sesuatu. Ampunkan dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa para muslimin dan muslimat serta dosa umat Islam seluruh dunia. Pada ulangtahun hari lahirku ini, aku memohon ke hadratMu agar Engkau panjangkan umurku jika hidup ini baik buatku, matikan aku jika hidup ini buruk untukku, tambahkan rezekiku jika masih ada rezeki untukku, kuatkan dan kukuhkan imanku seperti Rasulullah S.A.W, berkatilah segala pekerjaan yang bakal dikerjakan aku, hindarikanlah aku dari segala perkara yang menjerumus aku ke arah maksiat dan dosa, jauhi aku dari segala fitnah dan hasad dengki, berikanlah aku kesabaran dan kekuatan agar aku dapat menghadapi segala dugaan dariMu dan ia dapat menghapus dosa-dosaku. Ya Rabb, jadikanlah akhlakku, imanku dan solatku  seperti junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W agar tiada manusia yang sakit keranaku. Engkau tuhan yang Maha mengetahui segala sesuatu, tuhan yang telah meletakkan takdirku di Luh Mahfuz, aku pohon moga Engkau sentiasa memberi hidayahMu agar aku tidak sesat di dunia yang penuh dengan kezaliman ini. Jadikanlah aku seorang yang sentiasa bersyukur denganMu. Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku, jika Engkau tidak mengampunkan aku maka bakarlah aku di dunia ini agar aku terlepas siksa akhiratMu. Amin ya rabbal alamin.


P/S: Terima kasih Maxis sebab bagi cB dan Mr.B sms dan panggilan percuma sepanjang hari sempena ulangtahun kelahiran cB. =)


♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Wednesday, December 7, 2011

♥♥Selamat hari jadi, Abah♥♥


♥♥Selamat hari jadi, Abah♥♥


Hari ini hari jadi abah yang ke-55. Semoga abah dikurniakan kesihatan yang sempurna dan dipanjangkan usia.

Semoga Allah mengizinkan cB untuk memberi kesenangan dan penghargaan kepada abah. Sekarang cB sedang gigih untuk membalas semula jasa abah yang telah membesarkan cB dan memberi cB pendidikan yang tinggi seperti adik beradik yang lain.

Walaupun ada kalanya cB tidak sependapat dengan abah, tidak setuju dengan tindakan abah. Namun, beliau tetap abah cB, dan cB merasakan abah meletakkan harapan tinggi kepada cB.


Abah,
Selamat hari jadi. SAYANG ABAH


♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Monday, December 5, 2011

:::Welcome My New Nephew::





           Ni la dia baby yg comel yg macam muke abang dia ni..hehe..Welcome my dear MUHAMMAD AQIL FIQRI BIN KHAIRUL IZAZ


tunggu Mak Teh blk ye sayang...nanti Mak Teh bg hadiah..



tak sabar nak peluk cium..




Kesian bru dpt blik rumah slps kena tahan dlm hospital (balang kaca) selama sebulan…dah la ibu bapa sendiri pn x dapat jmpa dekat..
anak saudara cB ni ada mslh kesihatan krn lahir di usia 8 bulan..tp alhamdulillah skrg dh ok dan dbenarkan pulang.. :) semoga kaMo membesar dgn sihat ye mcm abang kaMO..hehehe
sayang anak Mak Teh sangat2!!!...



♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Friday, November 11, 2011

:::GERHANA BULAN:::


 
 

 
GERHANA bulan adalah bukti kewujudan Allah SWT yang berkuasa mutlak merencanakan peredaran bulan juga matahari dan segala yang ada di cakerawala. Fenomena ini berlaku apabila bumi membayangi bulan sehingga warna bulan bertukar warna menjadi seperti kemerahan, tembaga atau oren. Ini disebabkan bulan diwarnai oleh cahaya daripada matahari yang terbias secara semulajadi apabila melalui atmosfera bumi.

Sehubungan dengan itu umat Islam disaran menginsafi kejadian yang berlaku dengan mengukuhkan keimanan dan kepercayaan terhadap kewujudan Allah SWT terutama melalui amalan ibadah yang diperintahkan. Malah jika seluruh makhluk termasuk golongan jin dan manusia berkumpul untuk mengatur kejadian yang menakjubkan seperti itu, pasti tiada yang dapat melakukannya. Ibadat juga merupakan tanggungjawab utama setiap hamba Allah yang ingin berusaha untuk mendambakan rahmat dan keampunan dari Nya.

Dalam konteks ini, syariat turut menggalakkan pelaksanaan solat sunat gerhana sebagai mekanisme untuk memanjatkan kesyukuran atas segala kejadian yang berlaku. Hukum melaksanakannya pula adalah sunat muakkad kepada semua yang menyaksikannya. Waktunya pula bermula apabila nyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu.

Selain daripada itu sebelum memulakan solat disunatkan mandi seperti mandi sunat hari Jumaat. Jika solat berjamaah imam dikehendaki membaca secara terang disamakan hukumnya dengan solat pada waktu malam. Setelah selesai solat, imam dikehendaki berkhutbah sepertimana khutbah hari raya tetapi tanpa laungan takbir. Di dalam khutbah itu imam hendaklah menyeru para jamaah supaya bertaubat, melaksanakan amalan kebajikan seperti bersedekah, mengingatkan manusia supaya tidak lalai dan leka dengan kemewahan dan tipu daya dunia yang sementara.

Terdapat kepercayaan tertentu dikalangan sesetengah masyarakat, gerhana matahari berlaku dengan sebab kematian orang-orang tertentu. Kepercayaan khurafat ini perlu dibuang jauh-jauh kerana telah disangkal oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.

Diriwayatkan bahawa anak Nabi Muhammad SAW yang bernama Ibrahim meninggal dunia setelah 70 hari dilahirkan dan kebetulan berlaku gerhana matahari pada waktu itu. Lalu Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud;

“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitulah indahnya ajaran Islam yang mulia, sehingga apabila berlaku gerhana pun kita diperintahkan untuk melakukan solat sunat sebagai tanda bersyukur, terselamat daripada bencana Tuhan. Ini kerana gerhana matahari merupakan amaran perubahan cuaca secara tiba-tiba oleh Allah SWT kepada manusia. Untuk itu umat Islam hendaklah sentiasa taat dan patuh mengerjakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya.

Ingatlah juga betapa kejadian seperti ini ada kaitan dengan peristiwa hari kiamat yang akan berlaku secara tiba-tiba. Pada ketika itu segala kenikmatan dan kegembiraan hidup di dunia akan hilang dalam sekelip mata tanpa disangka-sangka.

Jadikanlah juga siri kejadian gerhana matahari dan bulan yang semakin kerap berlaku akhir-akhir ini sebagai iktibar dan pengajaran agar umat Islam bertaubat daripada melakukan kerja-kerja maksiat sebelum terlambat. Keengganan berbuat demikian dikhuatiri akan mengundang sesalan yang tidak berkesudahan apabila menjadi penghuni neraka dengan pelbagai seksaan mengerikan.

♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Tuesday, November 8, 2011

ALHAMDULILLAH DAPAT ANAK SAUDARA 2nd



ALHAMDULILLAH DAPAT ANAK SAUDARA 2nd
Sebentar tadi cB baru dapat berita gembira dari Mum cB yg Abg & kak ipar cB baru menerima kehadiran permata hati ke-2 yang sangat dinantikan oleh kami sekeluarga... syukran Ya Allah.... Semoga menjadi anak yang beriman, soleh dan bertakwa, hormat ibu bapa...amin....(Gembira TokMa & TokAbah sebab dh dapat 2 cucu hehehe..)

MOOD: Exited nak balik kg melawat baby..huhu... tunggu ya Mak Teh kamu baby boy (x tau nama lagik)
kat facebook cB dah jaja gambar baby nie.
merangkap anak saudara baru cB juga
... lahir 8 November 2011 lebih kurang kul 3.30 pagi gitu.
kat Hospital Machang.

kat facebook senang kan. upload je pastu letak caption sikit.
kalau kat blog nie cam nak jer naip gitu gini he he..

setakat nie nama belum bagi lagi.
sok dah bagi cB warwar kat sini.
tapi yang pasti ada MUHAMMAD la kat depan.
cam nama anak saudara yg 1st..Muhammad Alif Danial Bin Khairul Izaz.
anda ada cadangan?
tapi tak nak lah yg pnjg2 ye. Simple simple sudah.



p/s: cB balik kelate lambat lagi.
      so terpaksalah menahan rindu dendam dulu..=(


♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Sunday, November 6, 2011

::AIDILADHA:::


 
Salam Aidiladha
Di kesempatan ini cB sekeluarga ingin mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA” kepada semua pengunjung blog cB. Raya kali ini cB cuma sambut di rumah Akak je kat setapak, Kl. Adik cB pn raya kt sni. Terasa sedih sangat teringatkan Ma & Abah kt kg..pasti mrk sedih raya kali ni tanpa anak-anak disisi huhuhu...Apa-apa pun cB ucapkan kepada semua pengunjung blog, selamat menyambutnya bersama keluarga tersayang dan hayatilah betapa indahnya hari ini bagi mereka yang menunaikan ibadah haji dan korban. Semoga ibadah mereka diterima dan mendapat keberkatan..Amin…

 [Ni lembu-lembu yg ikhlas hati dkorbankan..he3..]


♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Tuesday, September 27, 2011

~Jangan engkau kahwini wanita yang enam~

Salam Syawal semua.

Kat sni cB nk share la skt pesanan Rasulullah saw kpd kaum lelaki & wanita. Semoga dpt memberi manfaat yg bguna kpd kte smua…



Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.

1. Wanita Ananah : Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah : Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain, wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah : Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu, wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nunjuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:
Pertama- wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua- dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6. Wanita Syadaqah : Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

—Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli…Wallahu’alam.


♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Wednesday, September 14, 2011

::AIDILFITRI 1432H::

Salam...

Almost 2 weeks never update dis blog... Maybe not really have desires or i should think out of the box to share something with u guys.. he he! Btw, not too late to wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada all my friends di mana jua anda berada.. highlited here, my UPSI course n house mates n soul mates n wuteva mates-mates…he he he…dan kepada yg x study dh, sedang keje dan dh berkeluarga, cB ingin mengucapkan:
SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI
2011


AMPUN MAAF DIMINTA
JIKA ADA SALAH SILAP
TERKASAR BAHASA
ATAU TERLEBIH LAKU
SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA
YANG MENGGURISKAN HATI
ATAU HANYA GURAUAN
MINTAK DIAMPUNKAN...
ZERO ZERO YE...







 haaa....kt sni cB nk share la beberapa pic yg smpat cB amik ms 1st daY raya ari2 (cameraman import tau!!) jOm kte tgk....

ni satu2nya ank sdara (anK abg cB)...MUHAMMAD ALIF DANIAL BIN KHAIRUL IZAZ..yg ke-2 coming soon!!


wif ABAH+MA+ADIK..-teMA biru taun nih :)


ABAH + CUCU kesayangan...

MA + CUCU kesayangan= manja..hu3






si KeciL yG tak dduk diaM





















P/s: walaupun terlewat post, finally terpost jugak kan?!ok SELAMAT HARI RAYA!!

♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...