Wednesday, March 23, 2011

::KEJAYAAN ADIK::



Seperti yg di ketahui, hari ni keputusan SPM keluar...
Debaran yg selama ini terasa akan berakhir hari ni...
Tahniah kepada yang berjaya..
kpd yang kurang/berjaya jgn anggap ini pengakhiran hidup kita...
Boleh ulang SPM lagi..
Kebetulan juga adik bongsu cB salah seorang dari calon2 SPM 2010 ni...
Alhamdulillah, keputusan yg sgt cemerlang (10A)...
(Ni berkat mnum air susu Ma.. tak campur langsung dgn susu formula)...hehehe
maka terhasil otak yg cerdik & pandai...

So, kpd Adik, tahniah di atas kejayaan anda...
semoga pd masa akan dtg kamu dpt mngecapi kejayaan demi kejayaan..
Paling utama dapat mengembirakan hati ma & abah!


♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Friday, March 18, 2011

~LELAKI YG DICARI WANITA~


Jadilah seorang lelaki
Yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepadaAllah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah

p/s: --tentunya lelaki ini idaman setiap wanita yang inginkan kebahagiaan dunia dan akhirat---


♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

~DIARI 3~

Assalamualaikum wrht..

Salam keceriaan untuk awak semua…
erm dh hmpir smggu CB bercuti kt kg, tp rs mcm bru sehari je brada di sni..nmpknye lps ni CB akn kembali mnjalani rutin harian spt biasa...(stp ari Cb kena fkr LP utk pljr2)...pape pn CB kena lah tabah melaluinya utk mnjadi guru yg cemerlang..he3...







♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Tuesday, March 15, 2011

Thursday, March 10, 2011

~DIARI 2~

Assalamualaikum wrht..

Selamat mlm semua....
Alhamdulillah...berjaya jg CB menyiapkan LP utk hr esk...apa yg mndebarkan CB adlh penyelia akan dtg observe ptg esk...n yg plg tkt esk adlh kls 1K8. Cb takut sgt jk pljr2 tdk dpt memberi kjsma kpd CB..insya'allah CB akan cba melakukan yg terbaik...


♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Wednesday, March 9, 2011

~DIARI 1~

Assalamualaikum wrht..

Salam keceriaan untuk semua…

begitu cepat masa berlalu, x sgka dh sebulan rupanya Cb menjadi seorang guru d SMKRM. Memang banyak perkara yang telah Cb pelajari. .barulah Cb tahu  betapa beratnya tugas dan tggjwb mnjd seorang guru...
sepanjang Cb menjadi guru di SMKRM mmg memerlukan ksabaran dr segi fizikal n mental...Cb hampir berputus asa dengan kerenah pljr2 d sni yg majoritinya adalah dr kaum india......Cb tpksa mggunakan plbgai pndktn utk mendekati mrk..syukur alhamdulillah cb masih diberikan kekuatan utk menghadapinya walaupun perit. Apa yg Cb hrpkn hanyalah ingin memberikan yg terbaik kpd pljr2 Cb spy mrk dpt mnjd seorang pljr yg bermoral....



♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Saturday, March 5, 2011

~Burung Bangau Dengan Seekor Ketam...~

Assalamualaikum wrht..

Salam 1 Malaysia untuk semua…kali ini Cb ingin berkongsi kisah yang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua...semoga segala kisah yang diceritakan oleh Cb akan memberi manfaat kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian....insya'allah....



baiklah cerita pertama ialah bertajuk : Burung Bangau Dengan Seekor Ketam...


Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam tasik tersebut, hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan dan bermacam-macam ikan lagi. Selain daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni tasik tersebut.
Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menagkap ikan yang datang berhampiran dengannya.
Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan. Kadang- kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata "Kalau beginilah keadaanya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi makanan dengan mudah".
Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasan sedih di tebing tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak bangau yang sangat murung dan sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat akhir-akhir ini kamu selalu termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?". Bangau menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasik ini." "Apa yang merunsingkan kamu, sedangkan kita hidup di sini sudah sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah." Jawab katak. "Awak manalah tahu, aku sering terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas semacam aje, hujan pun sudah lama tidak turun". Bangau menyambung lagi "Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati." Katak mengangguk- angukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa katak terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain.
Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasik begitu cepat dan semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungai dimana bangau berada. Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan berita tersebut. Seekor ikan haruan bertanya kepada bangau "Apakah cadangan engkau untuk membantu kami semua?" Burung bangau berkata "Aku ada satu cadangan, tetapi aku khuatir kamu semua tidak bersetuju." "Apakah cadangan tersebut" kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya. Bangau berkata " Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam, aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang." "Bolehkah engkau membawa kami ke sana" sampuk ketam yang berada di situ. "Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu" kata burung bangau lagi.. Mereka pun bersetuju dengan cadangan burung bangau.
Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik tersebut, tetapi ikan- ikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang dikatakannya.Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan selama beberapa hari. Setelah ikan yang dibawanya dimakan habis, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Begitulah perbuatanya sehingga sampai kepada giliran ketam. Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung  pada leher burung bangau dengan menggunakan sepitnya. Apabila hampir sampai ke kawasan batu besar tersebut, ketam  memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Melihat keadaan tersebut, ketam berasa cemas dan berfikir di dalam hatinya "Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus.  Setelah tiba di atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata "Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engakau membawa aku di sini?" Bangau pun tergelak dengan terbahak-bahak lalu berkata "Kali ini telah tiba masanya engkau menjadi rezeki aku." Dengan perasaan marah ketam menyepit leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar untuk bernafas, sambil merayu minta di lepaskan, ia berjanji akan menghantar ketam kembali ke tasik tersebut. Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah ia menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati di situ jua.
Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi makanan bangau ia bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau.  Apabila tiba di tasik, kawan-kawannya masih lagi setia menunggu giliran masing-masing.  Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala bangau mereka kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku. Semua binatang di tasik tersebut berasa gembira kerana mereka terselamat daripada menjadi makanan burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka mengucapkan terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua.
 
Moral: Jangan menipu kerana akan mendapat balasannya....



♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Tuesday, March 1, 2011

~Salam keceriaan....~


Assalamualaikum wrht..

Salam keceriaan untuk awak semua…rakan2 yang masih sudi menjenguk ke ruangan ini..
dah lama CB tak update kat sini..terlalu sibuk semester ni..

untuk pengetahuan awak semua, CB sekarang berada di Klang krn sedang menjalani praktikal untuk semester terakhir mulai 7 februari dan berakhir pada 20 Mei.  CB menjalani praktikal di SMk.Raja Mahadi, Klang….semoga CB dpt menempuhinya dengan sabar dan tabah…insya’allah CB akan cuba menjadi pendidik yang berkarisma…

CB sayang semua...!!


♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...