Tuesday, December 21, 2010

~Selamat Tahun Baru 2011~


 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Tahun 2010 semakin hampir meninggalkan kita. Banyak yang telah ditempuhi sepanjang perjalanan tahun 2010. Bagi cB tahun 2010 cukup mencabar, banyak cabaran yang ditempuhi dan Alhamdulilah dapat diatasi.
Mula tahun baru bermaksud ada cita-cita baru yang ingin dicapai atau meneruskan cita-cita (azam) yang masih belum tercapai pada 2010 untuk dijayakan dalam tahun 2011. Bersiap sedialah menempuhi cabaran itu.

Secara keseluruhan apa yang cB ingin capai pada tahun 2010 adalah tercapai dan cB ingin memantapkan apa yang telah tercapai. Dalam tahun 2010 juga cB telah banyak membaca buku berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Jadi banyak input-input baru yang diperolehi. (he3...bangga jap)

Segala apa yang dirancang dan diusahakan tidak semestinya ia akan berjaya. Betul tak? Kita sebagai manusia hanya dapat merancang dan berusaha manakala ketentuannya kejayaan itu adalah terletak pada Tuhan yang Maha Kuasa. Ya! DIA adalah penentuannya jadi kita mesti meredhai dengan apa yang telah ditetapkan oleh-NYA.

Kepada sesiapa yang tidak mencapai cita-cita pada tahun 2010. Kumpulkan semangat anda dan terus berusaha…InsyaAllah. Anda akan berjaya kerana Tuhan akan mengubah nasib seseorang itu sekiranya dia berusaha.

Oleh itu, jom kita bersama-sama berusaha mencapai cita-cita (azam) pada tahun 2011 dan diberikan oleh Tuhan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, selamat daripada mara dan bahaya serta segala yang baik-baik kepada kita. Amin. 

[[SEMANGAT 1 MALAYSIA]]


♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...