1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang
mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening
– Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah
mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut
hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga
seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian
kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu
telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung
yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis
Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung
hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur
Ayat 31.
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi
atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat
At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi
cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim.
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan
janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan
tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan
memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang
gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali
pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan
Bukhari.
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu
lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya
– Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah
mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur
Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan
sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh
pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan
hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu
lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong
dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari
Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada
umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala
mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah
akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,
hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka –
Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat
lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati
suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia
kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang
membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan
tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan
Ibn Majah.
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan
terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di
hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan
Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59.
Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu
dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju
labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu
mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka
ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada
maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk
Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan
yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah
mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki
yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Allahu'alam...
ni adalah untuk peringatan buat diri
senidiri, dan orang lain... ermm.. cB juga kadang2 ada gak buat salah...
ermm..
menginsafi diri!!!!
♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥