Saturday, December 17, 2011

:::suRPrise 4 ME?!::




Tengok cB dapat apa. Eh eh eh, OMG. Ahaha sudah, belum ceriteww lagi dah excited tahap maksima. Haihh, kalau dah terlalu gembira macam ni lah jadinya…(<_>)
Eh awak, silalah tengok gambar cB ni. cB dapat KEK warna PINK, awak ada? HAHA !

tQ ina sudi wat surprise kt akak... :))

Heh, nak senyum tak nampak pulak kan. haha, cB sangat gembira dan bahagia hari ini. 

curi2 mkn kek dlm stor semasa ketiadaan BOSS!!hehehe

















terlebih sudaaaa....


















Terima kasih semua kerana membuat cB terasa bahagia.
I hope I can still celebrate my birthday in another 100 years.



♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Thursday, December 15, 2011

::: 25???:::



 
 
     Alhamdulillah, syukur kepada yang Esa kerana masih memanjangkan nyawa dan membenarkan cB bernafas di bumiNya ini. Hari ini adalah ulangtahun kelahiran cB yang ke-25 dan Allah swt masih membenarkan cB untuk memperbaiki segala kesilapan dan bertaubat padaNya. Syukur yang tak terhingga cB panjatkan. Amin…

       Seperti tahun-tahun yang lalu, cB masih anggap ulangtahun kelahiran adalah sama seperti hari yang biasa cB lalui. Tiada bezanya walaupun umur cB kian meningkat. cB bukan seperti remaja lain yang ulangtahun kelahiran mereka mungkin disambut meriah dan mungkin juga ada yang akan buat ‘birthday party’ atau pun majlis doa selamat. cB tidak begitu.

Dalam hidup ini, cB hanya pernah beberapa kali sahaja dapat merasai ‘hari penting’ ini apabila ia disambut sederhana dengan kek serta diberikan hadiah oleh keluarga. Tak apa, syukurlah family masih ingat.
Kad birthday pun cB hanya terima daripada adik & Mr.B. Zaman moden ni ramai guna sms, mms, email dan paling mudah ramai akan wish birthday kita di laman sosial seperti Facebook. Terima kasih pada sesiapa yang telah wish cB sejak dari malam tadi, cB hargainya.

Sebelum terlupa, cB nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ‘Ma’ yang telah melahirkan cB ke dunia ni, tak lupa juga kepada ‘abah’ yang siang malam bekerja keras untuk membesarkan cB dan adik-beradik yang lain. Tanpa penjagaan dan kasih sayang mereka, mungkin cB tidak dapat menulis blog pada hari ini.

Kepada Mr.B, terima kasih kerana selalu sabar serta terus-terusan memberi semangat sepanjang 3 tahun perkenalan kita. Moga ikatan yang dibina akan kekal dan dirahmati Allah, insyaAllah. Moga Allah memberi kita rezeki untuk membina masjid yang diimpikan.

Kepada para sahabat, saudara-mara dan kawan-kawan sejak cB tadika hinggalah kini, terima kasih kerana sudi menceriakan hidup cB selama ini. Terima kasih kerana sudi hidup susah senang dengan cB. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan cB dan melayan karenah cB. Andai umur cB tak lama, maafkan segala salah silap dan dosa cB ye! cB dah maafkan korang juga.

Kini dah 25 tahun. cB perlu segera mengejar apa yang termampu dan menanam azam baru. Moga apa yang cB impikan akan tercapai. Moga apa yang cB usahakan akan berhasil. Moga Allah memberikan cB ‘NUR’ keredhaanNya dan semoga cB dapat berubah kepada seorang yang lebih baik. Amin~
 
Ya Allah, tuhan sekalian alam, tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, yang Maha Pengampun lagi Maha Mengatur segala sesuatu. Ampunkan dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa para muslimin dan muslimat serta dosa umat Islam seluruh dunia. Pada ulangtahun hari lahirku ini, aku memohon ke hadratMu agar Engkau panjangkan umurku jika hidup ini baik buatku, matikan aku jika hidup ini buruk untukku, tambahkan rezekiku jika masih ada rezeki untukku, kuatkan dan kukuhkan imanku seperti Rasulullah S.A.W, berkatilah segala pekerjaan yang bakal dikerjakan aku, hindarikanlah aku dari segala perkara yang menjerumus aku ke arah maksiat dan dosa, jauhi aku dari segala fitnah dan hasad dengki, berikanlah aku kesabaran dan kekuatan agar aku dapat menghadapi segala dugaan dariMu dan ia dapat menghapus dosa-dosaku. Ya Rabb, jadikanlah akhlakku, imanku dan solatku  seperti junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W agar tiada manusia yang sakit keranaku. Engkau tuhan yang Maha mengetahui segala sesuatu, tuhan yang telah meletakkan takdirku di Luh Mahfuz, aku pohon moga Engkau sentiasa memberi hidayahMu agar aku tidak sesat di dunia yang penuh dengan kezaliman ini. Jadikanlah aku seorang yang sentiasa bersyukur denganMu. Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku, jika Engkau tidak mengampunkan aku maka bakarlah aku di dunia ini agar aku terlepas siksa akhiratMu. Amin ya rabbal alamin.


P/S: Terima kasih Maxis sebab bagi cB dan Mr.B sms dan panggilan percuma sepanjang hari sempena ulangtahun kelahiran cB. =)


♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Wednesday, December 7, 2011

♥♥Selamat hari jadi, Abah♥♥


♥♥Selamat hari jadi, Abah♥♥


Hari ini hari jadi abah yang ke-55. Semoga abah dikurniakan kesihatan yang sempurna dan dipanjangkan usia.

Semoga Allah mengizinkan cB untuk memberi kesenangan dan penghargaan kepada abah. Sekarang cB sedang gigih untuk membalas semula jasa abah yang telah membesarkan cB dan memberi cB pendidikan yang tinggi seperti adik beradik yang lain.

Walaupun ada kalanya cB tidak sependapat dengan abah, tidak setuju dengan tindakan abah. Namun, beliau tetap abah cB, dan cB merasakan abah meletakkan harapan tinggi kepada cB.


Abah,
Selamat hari jadi. SAYANG ABAH


♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Monday, December 5, 2011

:::Welcome My New Nephew::





           Ni la dia baby yg comel yg macam muke abang dia ni..hehe..Welcome my dear MUHAMMAD AQIL FIQRI BIN KHAIRUL IZAZ


tunggu Mak Teh blk ye sayang...nanti Mak Teh bg hadiah..



tak sabar nak peluk cium..




Kesian bru dpt blik rumah slps kena tahan dlm hospital (balang kaca) selama sebulan…dah la ibu bapa sendiri pn x dapat jmpa dekat..
anak saudara cB ni ada mslh kesihatan krn lahir di usia 8 bulan..tp alhamdulillah skrg dh ok dan dbenarkan pulang.. :) semoga kaMo membesar dgn sihat ye mcm abang kaMO..hehehe
sayang anak Mak Teh sangat2!!!...



♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...