Monday, May 16, 2011

::HAPPY TEACHERS DAY::



 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Bulan Mei memberikan pengertian kepada seluruh warga guru kerana pada 16 Mei merupakan sambutan hari guru di Malaysia. Hari Guru yang disambut semenjak 1972 merupakan tarikh bagi menghargai jasa disebalik perjuangan guru-guru. Tema hari guru pada tahun ini masih seperti tahun sebelumnya iaitu ‘Guru Penjana Transformasi Negara’. cB setuju dengan tema ini kerana guru merupakan individu yang penting dalam membina sebuah negara yang berjaya. Dengan bimbingan mereka maka lahirlah ramai manusia hebat di bumi tercinta ni. Guru memang seumpama ‘lilin yang membakar diri’. Sanggup bersusah payah untuk mengajar anak bangsa. Cukup respek dengan mereka sebab sanggup melayan karenah budak-budak yang kadangkala boleh membuat hati terbakar. cB sendiri sedang melalui pengalaman sebagai guru. (praktikal selama 2 bulan + 2 bulan). Memang perit menjadi guru kalau kte tak mempunyai kesabaran kental…



Sempena sambutan Hari Guru 2011, lagu dan lirik telah dibekalkan oleh pihak jabatan. Semua guru sila download dan unzip fail di bawah untuk diguna pakai. (hehehe…promote lak!!)


♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...