Tuesday, December 21, 2010

~Selamat Tahun Baru 2011~


 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Tahun 2010 semakin hampir meninggalkan kita. Banyak yang telah ditempuhi sepanjang perjalanan tahun 2010. Bagi cB tahun 2010 cukup mencabar, banyak cabaran yang ditempuhi dan Alhamdulilah dapat diatasi.
Mula tahun baru bermaksud ada cita-cita baru yang ingin dicapai atau meneruskan cita-cita (azam) yang masih belum tercapai pada 2010 untuk dijayakan dalam tahun 2011. Bersiap sedialah menempuhi cabaran itu.

Secara keseluruhan apa yang cB ingin capai pada tahun 2010 adalah tercapai dan cB ingin memantapkan apa yang telah tercapai. Dalam tahun 2010 juga cB telah banyak membaca buku berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Jadi banyak input-input baru yang diperolehi. (he3...bangga jap)

Segala apa yang dirancang dan diusahakan tidak semestinya ia akan berjaya. Betul tak? Kita sebagai manusia hanya dapat merancang dan berusaha manakala ketentuannya kejayaan itu adalah terletak pada Tuhan yang Maha Kuasa. Ya! DIA adalah penentuannya jadi kita mesti meredhai dengan apa yang telah ditetapkan oleh-NYA.

Kepada sesiapa yang tidak mencapai cita-cita pada tahun 2010. Kumpulkan semangat anda dan terus berusaha…InsyaAllah. Anda akan berjaya kerana Tuhan akan mengubah nasib seseorang itu sekiranya dia berusaha.

Oleh itu, jom kita bersama-sama berusaha mencapai cita-cita (azam) pada tahun 2011 dan diberikan oleh Tuhan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, selamat daripada mara dan bahaya serta segala yang baik-baik kepada kita. Amin. 

[[SEMANGAT 1 MALAYSIA]]


♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Thursday, October 21, 2010

~kEistiMewaan bErsuJud~






Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

"Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.

Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:- "Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?" Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !"  Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya.

Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:- "Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.


P/s: Semoga kita tergolong dalam golongan org yg bersujud...amin...

♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

~5 sYarat nAk buAt maKsiat~



oh Hati, kekadang ke kiri, kekadang ke kanan..rapuhnya hati,...dalam ku mencari kekuatan untuk menginsafi diri, menyesali segala dosa2 yang ku lakukan..ku temui satu cerita, yang ku rasakan sangat menyentuh hatiku...terima kasih kepada "hamba Allah" yang sudi berkongsi nasihat ini...dan ingin ku kongsi kepada sahabat2 semua...semoga ianya dapat memberi keinsafan kepada kita....

--------------------------------------------------------------------------------------

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.
Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat.
Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya,
maka boleh kamu melakukan maksiat.

" Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"Ibrahim bin Adham berkata,

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."

Mendengar itu dia mengerutkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku akan bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.



♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Friday, September 24, 2010

1 sYawal~



1 sYawal 1431H – 10 sEptember 2010…
Selamat Hari Raya Aidilfitri to all my friends, my family, and especially my beloved bf. May you all celebrate Hari Raya with great cheer...

~ngah tgu abah~

~kaMi 3 bEradik - ngah tgu abg blk~

~alif yg pemalu~


♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

diNner at The Chicken Rice Shop ~

Another post about food. No wonder why I'm getting fat lately.. T_T

I went to The Chicken Rice Shop restaurant at Kb Mall with my Family and try having dinner there. Here are the snapshots of the foods and the place.

Event: Dinner at The Chicken Rice Shop
Date: 12 September 2010
Location: Kb Mall

I think you guys know this place. So no need to explain. Actually I don't have any idea right now. Hehe..

We choose:
Family Fiesta (5-6pax) RM89.99
1.       Pai Tee (Large)
2.       Choice of Gado-gado or Kerabu Mango
3.       1/2 Chicken (Choice of Roast, Steamed or Braised)
4.       Choice of TCRS Honey BBQ Chicken, Assam Fish, Curry Chicken or Hong Kong Beef Stew
5.       Hong Kong Kai Lan with Oyster Sauce (Large)
6.       Ipoh Bean Sprouts (Large)
7.       Towfoo with Oyster Sauce
8.       Stuffed Fish Balls (Large)
9.       6 bowls of Rice
10.   Soup of the day
11.   1 jug of Pepsi
12.   Dessert

                                          







                                        1/2 Honey BBQ Chicken


bowl of rice

1/2 Chicken Roast


 Hong Kong Kai Lan with Oyster Sauce, Ipoh Bean Sprouts, Towfoo with Oyster Sauce,  Stuffed Fish Balls & dessert.

Not so many pictures taken. I was busy eating that time...he3...






♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Thursday, September 23, 2010

JaLan2 cAri mAKan...


wuwuwuuww hye hye !
tiba2 rasa macam nak update blog ni, cb pun  x tau  apa pasal nye.. aaa maybe sebab dah bosan ngadap asgmnt jer, so… tiba2 ati ni rasa nak mengupdate kan blog secara ikhlas dan tanpa paksaan.

jadi... cb nak kongsi la pengalaman berbuka puasa ngan kwn2 cuti midsem+raya lps..tanggal 11  Ogos yang lalu (bulan lps , baru harini nak update…hik3) cb telah dipelawa untuk berbuka puasa dengan rakan-rakan lama yang tak berapa nak lama lah tapi lama la jugak (zmn skol dlu)…oohh sangat best lah dapat jumpa hajar, nani & amnah…b4 tu ktorg p jln2 & shopping kt parkson..

dengan menjadikan restoran “selera makan tepi sungai” sebagai pusat berbuka puasa pada hari kejadian, tiada apa yang menarik di lidah cb melainkan NASI AYAM & JUS TEMBIKAI!! Tapi pe yg paling best air laici yg amnah order…siapa tak rasa lagi p la rasa , sedap sangaaatt .. (hanya amnah je yg tau betapa sdpnye air dye tu..hik3) kelakar sgt…


terlalu gembira nampaknya sehingga kembang hidung ..he3.. ohh ini lah hajar & amnah , kawan sekolah menengah cb .. almost 8 tawun cb kenal dorg ni .

 
alamak, gambar pegang bnda ni  lagi lah, he3…yg kecik molek tu nani..ni kwn ms form 4 & 5 dlu2 ye..(dh 6 tawun xjmp)

                                                          letih lah...letih lah...hu3..


                                                          control ayu tu...hua3...


 haaaa...ni lah air laici yg cb kata kn tu...(he3...)terhangat d'pasaran tu..

 
ok habeh dah, adekah macam best ?? biase je kan ... ? tu la sebenarnye alkisah kami d’bulan puasa,
okehh cb nak sambung wat tesis ni .. cb kan pelajar contoh (suke wat keje last minute) hak3…




♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...