Friday, November 11, 2011

:::GERHANA BULAN:::


 
 

 
GERHANA bulan adalah bukti kewujudan Allah SWT yang berkuasa mutlak merencanakan peredaran bulan juga matahari dan segala yang ada di cakerawala. Fenomena ini berlaku apabila bumi membayangi bulan sehingga warna bulan bertukar warna menjadi seperti kemerahan, tembaga atau oren. Ini disebabkan bulan diwarnai oleh cahaya daripada matahari yang terbias secara semulajadi apabila melalui atmosfera bumi.

Sehubungan dengan itu umat Islam disaran menginsafi kejadian yang berlaku dengan mengukuhkan keimanan dan kepercayaan terhadap kewujudan Allah SWT terutama melalui amalan ibadah yang diperintahkan. Malah jika seluruh makhluk termasuk golongan jin dan manusia berkumpul untuk mengatur kejadian yang menakjubkan seperti itu, pasti tiada yang dapat melakukannya. Ibadat juga merupakan tanggungjawab utama setiap hamba Allah yang ingin berusaha untuk mendambakan rahmat dan keampunan dari Nya.

Dalam konteks ini, syariat turut menggalakkan pelaksanaan solat sunat gerhana sebagai mekanisme untuk memanjatkan kesyukuran atas segala kejadian yang berlaku. Hukum melaksanakannya pula adalah sunat muakkad kepada semua yang menyaksikannya. Waktunya pula bermula apabila nyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu.

Selain daripada itu sebelum memulakan solat disunatkan mandi seperti mandi sunat hari Jumaat. Jika solat berjamaah imam dikehendaki membaca secara terang disamakan hukumnya dengan solat pada waktu malam. Setelah selesai solat, imam dikehendaki berkhutbah sepertimana khutbah hari raya tetapi tanpa laungan takbir. Di dalam khutbah itu imam hendaklah menyeru para jamaah supaya bertaubat, melaksanakan amalan kebajikan seperti bersedekah, mengingatkan manusia supaya tidak lalai dan leka dengan kemewahan dan tipu daya dunia yang sementara.

Terdapat kepercayaan tertentu dikalangan sesetengah masyarakat, gerhana matahari berlaku dengan sebab kematian orang-orang tertentu. Kepercayaan khurafat ini perlu dibuang jauh-jauh kerana telah disangkal oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.

Diriwayatkan bahawa anak Nabi Muhammad SAW yang bernama Ibrahim meninggal dunia setelah 70 hari dilahirkan dan kebetulan berlaku gerhana matahari pada waktu itu. Lalu Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud;

“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitulah indahnya ajaran Islam yang mulia, sehingga apabila berlaku gerhana pun kita diperintahkan untuk melakukan solat sunat sebagai tanda bersyukur, terselamat daripada bencana Tuhan. Ini kerana gerhana matahari merupakan amaran perubahan cuaca secara tiba-tiba oleh Allah SWT kepada manusia. Untuk itu umat Islam hendaklah sentiasa taat dan patuh mengerjakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya.

Ingatlah juga betapa kejadian seperti ini ada kaitan dengan peristiwa hari kiamat yang akan berlaku secara tiba-tiba. Pada ketika itu segala kenikmatan dan kegembiraan hidup di dunia akan hilang dalam sekelip mata tanpa disangka-sangka.

Jadikanlah juga siri kejadian gerhana matahari dan bulan yang semakin kerap berlaku akhir-akhir ini sebagai iktibar dan pengajaran agar umat Islam bertaubat daripada melakukan kerja-kerja maksiat sebelum terlambat. Keengganan berbuat demikian dikhuatiri akan mengundang sesalan yang tidak berkesudahan apabila menjadi penghuni neraka dengan pelbagai seksaan mengerikan.

♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Tuesday, November 8, 2011

ALHAMDULILLAH DAPAT ANAK SAUDARA 2nd



ALHAMDULILLAH DAPAT ANAK SAUDARA 2nd
Sebentar tadi cB baru dapat berita gembira dari Mum cB yg Abg & kak ipar cB baru menerima kehadiran permata hati ke-2 yang sangat dinantikan oleh kami sekeluarga... syukran Ya Allah.... Semoga menjadi anak yang beriman, soleh dan bertakwa, hormat ibu bapa...amin....(Gembira TokMa & TokAbah sebab dh dapat 2 cucu hehehe..)

MOOD: Exited nak balik kg melawat baby..huhu... tunggu ya Mak Teh kamu baby boy (x tau nama lagik)
kat facebook cB dah jaja gambar baby nie.
merangkap anak saudara baru cB juga
... lahir 8 November 2011 lebih kurang kul 3.30 pagi gitu.
kat Hospital Machang.

kat facebook senang kan. upload je pastu letak caption sikit.
kalau kat blog nie cam nak jer naip gitu gini he he..

setakat nie nama belum bagi lagi.
sok dah bagi cB warwar kat sini.
tapi yang pasti ada MUHAMMAD la kat depan.
cam nama anak saudara yg 1st..Muhammad Alif Danial Bin Khairul Izaz.
anda ada cadangan?
tapi tak nak lah yg pnjg2 ye. Simple simple sudah.



p/s: cB balik kelate lambat lagi.
      so terpaksalah menahan rindu dendam dulu..=(


♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Sunday, November 6, 2011

::AIDILADHA:::


 
Salam Aidiladha
Di kesempatan ini cB sekeluarga ingin mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA” kepada semua pengunjung blog cB. Raya kali ini cB cuma sambut di rumah Akak je kat setapak, Kl. Adik cB pn raya kt sni. Terasa sedih sangat teringatkan Ma & Abah kt kg..pasti mrk sedih raya kali ni tanpa anak-anak disisi huhuhu...Apa-apa pun cB ucapkan kepada semua pengunjung blog, selamat menyambutnya bersama keluarga tersayang dan hayatilah betapa indahnya hari ini bagi mereka yang menunaikan ibadah haji dan korban. Semoga ibadah mereka diterima dan mendapat keberkatan..Amin…

 [Ni lembu-lembu yg ikhlas hati dkorbankan..he3..]


♥Thanks 4 lending me your beautiful eyes♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...