Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan memperbaiki diri nya
Yang benar-benar sibuk
Untuk mengubah sikapnya
Untuk kembali kepada Zat yang sempurna.
Untuk kembali kepada Zat yang sempurna.
Yang ada kini hanyalah
Sibuk dengan urusan mengumpul harta duniaWalau di ketahui dunia ini hanya sementara
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu
Yang sanggup bersusah payah dan berpenat lelah
Yang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta
Dalam belajar dan mengamalkan ilmu kurniaan Allah
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan harta yang menimbun
Tapi jiwanya masih kosong
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Para ilmuan yang bertaqwa
Yang benar-benar melekat iman di jiwanya
Mengunakan profession nya menuju cita-cita di akhirat sana
Yang ada kini hanyalah
Mereka yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih barat dari barat
Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya
Kawan diakhir zaman ini
susah untuk kita temui
Yang menjadikan Al-Quran sebagai hiburan
Menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman
Yang ada kini hanyalah
Artis dijadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan dijadikan hiburan
Dianggap moden dan berketerampilan.
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Bersifat silaturrahim semata-mata kerana Allah
Saling berhubungan dan bertanya khabar semata-mata kerana Allah
Yang ada kini hanyalah
Sikap pura-pura untuk menyenangkan hati sendiri
Berkawan untuk mendapat kepentingan dan habuan diri.